Sunday, May 12, 2019

Drones

Drones also known as Unmanned Aerial Vehicle UAV are very well known nowadays because of its multi functionalities both for military, commercial and non commercial applications. Drones are also adapt to education and teaching starting from primary to postgraduate studies in universities. 

Drone is a systems that combines programming, mechanical, electronic and aerospace applications that attract more interested parties to venture in this area. Improvise its programming will result more sophisticated system controls while improvise its batteries will lengthen the flight hours.

In 2019, mobile data connection between the pilot in command with the drone has also been implemented to the non commercial applications or hobbies. With its capabilities of flying and connected to mobile data, we expect its to flying a longer distance between points, and this will increase longer covering range for parcel deliveries, and increase higher security of telecommunications between the pilot and the drones.

AEROTECH.EDU

Monday, February 15, 2016

Beliungworks@charity day di ummu sabariah, baling, kedah

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi.

Salah satu program Beliungworks bersama Program Mesra Bersama Hospital mewarnakan sehari bersama rumah anak yatim ummu sabariah. Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti membina roket straw, simulator kapal terbang dan demo belon udara panas utk pelajar. Kapten janggut dan zizan bajet sempoi secara relahati dan bersemangat mengadakan sesi ini yang mengambil masa 3 jam.

Respon dari pelajar adalah sangat positif ke arah bidang kejuruteraan aeroangkasa dan sains & teknologi membolehkan mereka utk membuat aktiviti hands on berdasarkan aplikasi kejuruteraan.

Berikut adalah gambar aktiviti pada hari tersebut.

Jika anda berminat untuk mengadakan aktiviti seperti ini, hubungi kami segera.

Terima kasih dan wassalam

Oleh:

zihad



Zizan menunjuk ajar murid 6 tahun untuk terbang extra 300 mengelilingi klcc.
Penerangan video berkenaan International Space Station.
Sesi hands on membina roket dari straw.
Seorang murid senior menggunakan jumpsuit dan replika helmet pilot. 
Sebilangan pelajar semasa sesi hands on
Sibuk membuat roket
Kapten janggut memberikan penerangan berkenaan angkasa
In action.

Saturday, September 19, 2015

Permulaan kepada perjalanan yang panjang - Beliungworks


Assalamualaikum warahmatuLLAHiwabarakatuh.
Dengan ini saya mewujudkan blog/ media sosial/ hebahan kepada dunia luar berkenaan aktiviti aktiviti dan perkara perkara yang menjadi rekabentuk, analysis dan pembuatan rekabentuk Beliungworks. #Beliungworks adalah seumpamanya di Malaysia di miliki oleh beberapa individu yang cenderung kepada rekaan berasaskan kejuruteraan dan berteraskan teknologi aeroangkasa dan mekanikal. Pada hari ini, umur kami yang terlibat dalam perusahaan ini adalah di antara 30 hingga 40 tahun pada tertulisnya blog ini pada hari ini dan tika ini menunjukan kesungguhan kami dalam bidang ini. Dengan hasrat memajukan teknologi aeroangkasa dengan bermula pada satu titik, (iaitu samada mula atau tidak haruslah bermula dengan sesuatu), dan bersandarkan kepada minat yang mendalam, khususnya bidang aeroangkasa dan mekanikal di Malaysia untuk anak Malaysia sendiri kami telah membahagikan kepada objektif berteraskan hasil jangka pendek dan jangka panjang. Hasil jangka pendek yang di harapkan adalah dengan penghasilan idea yang selaras dengan teknologi yang ada di Malaysia dan digunakan untuk rakyat Malaysia sendiri. manakala, hasil jangka masa panjang yang diharapkan selain daripada pembangunan produk yang mampan, ialah mewujudkan suasana teknologi aeroangkasa di sekeliling penempatan kami dan menjadikannya sebagai tabiat yang boleh dipupuk secara pemindahan pemikiran khususnya kepada generasi akan datang. Bukan sahaja kepada umum tetapi kepada anak anak kami pada masa akan datang. Ucapan terima kasih kami kepada ibu bapa, adik beradik, guru guru, pensyarah khususnya Pensyarah pensyarah yang terlibat dengan pengajaran batch kami pada 2003/04 - 2007 di Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia kerana dengan kalian, kami sedang berusaha untuk memulakan kerjaya perusahaan ini ke peringkat yang lebih maju lagi dan akan lebih maju lagi pada masa akan datang. InsyaALLAH, dalam post post yang seterusnya, kami akan mempromosikan kebolehan kami sebagai anak watan Malaysia, berkenaan dengan hasil rekabentuk dan produk yang telah kami siapkan untuk pelanggan serta rekabentuk dan produk yang akan dipasarkan pada masa akan datang. 2015 adalah tahun yang sangat baik untuk kami dokumenkan ke dalam blog untuk pengetahuan semua dan dalam masa 5 tahun, kami mensasarkan untuk mempunyai lebih 50 produk yang boleh dibanggakan dan dipasarkan ke seluruh Malaysia. InsyaALLAH..Dengan penuh yakin, dan ikhtiar kepada ALLAH swt, kami berharap usaha kami dari akar umbi ini setidaknya akan membawa kepada perubahan yang baik kepada Malaysia, diri sendiri dan keluarga pada masa akan datang. Amin ya Rabbal Alamin.